Friday, August 06, 2004

Meratapi kekalahan

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ,Team tarik tali IT telah dikalahkan oleh team kimpalan dalam semi final semalam.Team IT juga dikalah kan oleh team machine untuk merebut tempat ke-3.Dalam perlawanan final ,team kimpalan bertemu dengan team production dan pemenangnya team production.Congratz wat team production.Walaupun kalah ,aku nak ucapkan congratz gak dengan team IT kerana telah menunjukkan semangat yang begitu kental dan membara.Bawah ni ada gambar2 tournament semalam.



masih bertahan.....



boleh lagi bertahan...



terus tak tahan...



BERITA TERKINI,KES BUNUH DI BATU PAHAT

Korang tau tak,aritu UTK dari bukit aman tu menginap kat sini,kat hostel blok aku,kat hostel ADTEC BP.Diorang datang hari selasa dan semalam diorang balik sebab suspek dah kener tangkap.Diorang dtg dengan muka bodo jerk...dengan rambut panjang serabai jerk.Aku pon memula pelik gak,diorang dtg 2 lori,pastu diorang turunkan moto dari lori tuh.Aku dah agak dah diorang kan sebarang orang.Lepastu baru aku dpt tau yang diorang tuh polis.Kalau korang tak percaya korang baca berita kat bwh ni,aku amik dari utusan arini....

BATU PAHAT 5 Ogos - Polis berjaya menangkap dua lelaki yang disyaki menembak mati seorang anggota polis dan mencederakan seorang lagi semasa rompakan di Taman Maharani, Muar, 1 Ogos lalu di dua tempat berasingan di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Musa Hassan berkata, kejayaan tersebut hasil gerakan Bahagian Siasatan Khas (D9) Johor bersama-sama Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Unit Tindakan Khas (UTK) dari Bukit Aman serta maklumat daripada orang ramai.

Menurutnya, bersama kedua-dua suspek itu turut ditemui dua pucuk pistol iaitu Revolver .38 dan Baretta separuh automatik serta beberapa butir peluru yang dipercayai digunakan untuk menembak mati Allahyarham Koperal Manja Manaf dan mencederakan Lans Koperal Mohd. Razali Abu Bakar di bahu kiri.

``Suspek pertama iaitu seorang pemuda berusia 26 tahun ditangkap di persimpangan lampu isyarat Jalan Bakau Condong-Jalan Kluang ketika sedang menunggang motosikal pada pukul 4.30 petang. Dia cuba melawan menyebabkannya cedera di dahi.

``Suspek kedua berusia 38 tahun pula ditangkap ketika berjalan kaki berhampiran rumah sewanya di Taman Bukit Perdana pada pukul 6.30 petang semalam,'' katanya pada sidang akhbar di IPD Batu Pahat di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Amir Sulaiman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Kanan II Ithnin Talib dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ahmad Latiffi Yaacob.

Musa berkata, hasil tangkapan tersebut, polis turut menahan seorang wanita berusia 42 tahun iaitu teman wanita suspek.

Beliau memberitahu, menerusi suspek pertama polis menemui sepucuk pistol Revolver, empat telefon bimbit, empat jam tangan, wang tunai RM1,025 dan barang kemas.

Pistol Revolver itu dipercayai dirampas daripada seorang anggota polis dalam satu kejadian samun di Kluang pada 26 Julai lalu.

``Daripada suspek kedua, kita menemui sepucuk pistol jenis Baretta separuh automatik bersama kelopak peluru yang mengandungi 12 butir peluru 9MM Luiger dan tujuh butir peluru 9MM dan satu sarung pistol.

``Kita juga menemui dua telefon bimbit, serangkai kunci, seutas jam tangan dan wang tunai RM1,000,'' jelasnya.

Kedua-dua lelaki tersebut menjadi buruan polis kerana melakukan samun bersenjata api di sebuah rumah di Taman Maharani serta menembak mati Allahyarham Manja dan mencederakan Mohd. Razali yang ketika itu mahu menyiasat rumah tersebut setelah menerima laporan.

Musa berkata, tindakan kedua-dua perompak menjadikan dua mangsa mereka di rumah itu sebagai tebusan dalam usaha mereka untuk melarikan diri ke Batu Pahat menyebabkan polis tidak boleh melepaskan tembakan.

Musa menegaskan, suspek pertama yang berasal dari Pulau Pinang pernah dipenjara dari tahun 1995 hingga 2000 kerana menembak seorang pelajar di Johor Bahru.

Suspek kedua pula didapati bersalah kerana menembak mati seorang anggota polis di Batu Pahat, tetapi dibebaskan dari penjara pada 1996.

``Mereka juga didapati terlibat dengan 26 kes jenayah, enam di Muar, empat (Batu Pahat) dan 16 lagi kes di Kluang," katanya.

Ketiga-tiga mereka, kata Musa dikenakan tahanan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.



rreleases my dragon bankai on Friday, August 06, 2004r



~ABOUT ME~

* Name : Dragon
* Japan Name : Miyoshi Imaizumi
* Gender : Male
* Hobby : Main Congkak




~CONTACT ME~

* Mail :
* sabreblade03@yahoo.com
* sabreblade@gmail.com
* Ym: sabreblade03
* Myspace : sabreblade03
* Friendster : sabreblade03
* Fotopages: sabreblade03

~calender~

New Page 1


~shout~


Free shoutbox @ ShoutMix

~memories~

*June 2004
*July 2004
*August 2004
*September 2004
*October 2004
*November 2004
*December 2004
*January 2005
*February 2005
*March 2005
*April 2005
*May 2005
*June 2005
*July 2005
*August 2005
*October 2005
*November 2005
*December 2005
*January 2006
*February 2006
*March 2006
*April 2006
*May 2006
*June 2006
*July 2006
*August 2006
*September 2006
*October 2006
*November 2006
*December 2006
*January 2007
*February 2007
*March 2007
*April 2007
*May 2007
*June 2007
*July 2007
*August 2007
*October 2007
*December 2007
*May 2008
*June 2008
*July 2008
*August 2008
*September 2008
*October 2008
*November 2008
*December 2008
*January 2009
*April 2009
*May 2009
*June 2009
*August 2009
*March 2010


~bloggers~

-A-
* Adiqlady* Atoi * Aiza * Afzan
* Azah* Azkam* Ajah Lawo
* Ayu* Ayu Sabrina* Asfaliza

-B-
* Brader Macho

-C-
* Cik Lebah* Chenta

-D-
* Dayu

-E-
* extrumedia

* Ekin* Elmo* Eja* E-Class

-F-
* Faizal Poyo* Firdy

-G-
* Gegerl
* Gebootomey

-H-
* Hikaru

-I-
* Ieda* Ina* Ieza* Ikoko

-J-
* Jaja

* Jerong* Julia

-K-
* Kaseh* Katarsis* Kerekz

-L-
* Lady Daisy* Leen* Lynda* Lyns

-M-
* Mochie Gurl

-N-
* Nana* Naga Cute* Net* NIne
* Noushyshah* Nurul Chika

-O-
* Onizuka

-P-
* Prety Bara

-Q-

-R-

-S-
* Sniper* Sang Bogo* Shai
* Sodep* Sokai* Spider* Syaz* Syagrasyiid

-T-

-U-

-V-

-W-
* Wakiki

-X-
* Xie-Sayang

-Y-
* Yalin* Yatt* Yna* Yona

-Z-
* Zaim* Zaidi* Zilz

 

~bookmarks~

-A-
* ADTECBP* Ayer Hitam

-B-
* Bersama Semula* Blogger
* Blues Forum* Bintang 3
* Bravenet

-C-
* Crack Server* Crack DB
* Clear Blog

-D-
* DDL2* DNS stuff* Dynamic Drive
* Default Password
* Devian Art

-E-
* E-Solat
* ElderGeek XP

-F-
* Fakyoo* Fotopages
* Free Downloads Counter
* Friendster* Free Midi
* Funny Place* File Hippo
-G-
* Google* Gmail
* Gunung Online

-H-

-I-
* Ireans Music* IT Tutorial

-J-
* Jabatan Tenaga Manusia


-K-
* Kedah Online* Kakiku
* Kampungku* Kamus

-L-
* Lagu Kita

-M-
* Meebo* Metacafe
* Mp3000* Map Flashearth
* Myspace* My Kuliah* My Gov

-N-
* Nakkal
* Network Calculator

-O-

-P-
* Perpetual PC* Pergh
* Photobucket* Port Baek
* Public Proxy* Putera.com

-Q-

-R-
*Remove Virus

-S-
* Saga BLM ku*
* Sesumpah Store* SPA
* Shareware* Shoutmix
* SMS ac* Streamload
* Syokz* Serial Devil

-T-
* Tutorialized
* Taman Permata* Titik Berat

-U-
* Ujang

-V-

-w-
* wethinkz
* Tutorialized

-X-

-Y-
* Yahoo* You Tube

-Z-

~counter~