Friday, August 27, 2004

Cuti Mid sem mula lagik...

Arrkhgg..........bestnyer,arini merupakan ari last kuliah.Sok da mula cuti mid sem.Tapi seminggu je arr.Ostel kena clear plak,sbab tahun nih Batu Pahat jadik tuan umah sambutan ari merdeka pringkat negeri,so kontinjen2 yang masuk perbarisan apa segala tok nenek duduk kat ostel kitorang.siok tull..da la barang aku banyak..nk simpan dalam loker takder konci plak.Aku akan mula kuliah balik 6/9/04.Hmmm...maner nk pegi hekk...cuti2 nih...lepak BP je la.Takdok pitih pulok nok gi jejale..So pada sumer kengkawan blog dragon,kiter akan jupe balik 6hb nanti.Tapi takpe kalo sesenang nanti aku update la blog aku nih masa cuti.Lgpon kan aku ada tenet pon kt umh.Kepada sumer rakyat mesia..aku nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN M'SIA YANG KE-47,AKU BANGGA JADI ANAK M'SIA"



MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!




rreleases my dragon bankai on Friday, August 27, 2004r

Thursday, August 26, 2004

antara cinta, sayang, suka dan minat...

Cinta
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa
yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin
tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang
dirinya.

Sayang
kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk
berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan
seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka
kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila
bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat
apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk
mendekatinya.

Hmmmm.....kat kategori mana aku skang hekk....

rreleases my dragon bankai on Thursday, August 26, 2004r

Tuesday, August 24, 2004

Ledang Challenge 2004 Part 2

21/8/2004(Sabtu)

Pepagi lagi aku dah bangun.Hari yang sepatutnya aku bole tido sampai tengahhari terpaksa aku korbankan.Ini semua untuk xpdc ledang kali ni.Kali ni bebudak D2X yang pergi hanya aku dan Iejal(orang pahang) jer yang akan uruskan bebudak nih untuk ke puncak Gunung Ledang(GL) nanti.Seramai 3 orang urusetia(aku ,orang pahang,sniper) dan 13 orang bebudak junior turut serta dalam xpdc nih .Untuk memudahkan urusan kitorang lagi,aku telah menjemput Shad a.k.a sniper untuk membantu kitorang.Seawal 7.55pg kitorang dah mula bergerak dan tunggu bas kat bus stop.Lebih kurang kul 8.30pg kitorang sampai b’stand Batu Pahat dan terus naik bas ke Muar.Sampai b’stand Muar lebih kurang kul 10.13pg.Sampai jer terus naik bas ke Segamat.Lebih kurang kul 12.15tghhr sampai kat depan corner untuk masuk ke (GL).Signboard menunjukkan 1km lagi untuk masuk ke pintu masuk (GL).Nasib baik la ada keter sapu,tapi cilaker arr…1km RM1 satu kepala.Nak x nak naik gak arr..Sampai jer kat pinu masuk,aku ngan iejal uruskan pendaftaran bebudak ni.Lepas rehat dan streching,kitorang terus mula mendaki lebih kurang kul 12.48tghhr.Lebih kurang 3 jam perjalanan,kitorang sampai kat cp4 dan wat base camp kat situ.Tiba jer kat cp4,aku ngan iejal terus wat persiapan untuk masak.Malam tuh menu kitorang ialah,nasi ayam,ayam goreng ngan sup.Malam tuh jugak lepas makan ada program skit dan kul 11mlm diorang pon tido.Aku seblom tido dah prepare tuk sarapan diorang besok paginya,iaitu roti sadin.

22/8/2004(Ahad)

Seawal kul 2pg aku dah bangun dan kerah bebudak lain untuk bangun.Lepas siapkan sarapan awal pagi diorang ,aku terus berkemas untuk memulakan pendakian.Leih kurang kul 3pg pendakian dimulakan.Pendakian diketuai oleh renjer bertugas iaitu saudara Abong.Tak sampai 10minit perjalanan,hujan pon turun ngan lebatnya,ranjer memberi arahan untuk patah balik.Aku dah rasa cam x jadi jer naik puncak.,tapi kul 4 jer ujan mula berhenti.Kul 4.15pg kitorang teruskan pendakian.Pagi tuh kitorang hanya bercahayakan lampu suluh jer.Kitorang sesaimg ngan team2 lain cam team MPSJ ngan team Singapore.Kan nak berlagak,tapi diorang nyer team lembab nak mampus.Aku dah bengang,aku suruh bebudak nih cepat skit dan potong diorang.Last-last sampai gak kitorang kat puncak lebih kurang kol 8.15pg.Rehat sengah jam amik gambar apa sumer pastu turun balik.Masa turun aku nagn iejal mintak kebenaran ngan Abong untuk jalan dulu sbab kitorang nak masak.Lpas bebudak sumer sampai base camp dan makan,bekemas apa sumer,kitorang trus turun dan sampai bawah lebih kurang kul 3.30ptg pastu trus naik keter sapu ,amik bas balik Batu Pahat.


Atas Puncak
Dari Kiri Atas : Abong (renjer), Khairul, Dragon, Sniper, Syukri, Chong, imin,
Irwan, Ashraf.

Dari Kiri Bawah : Solah, Kak Cik, OrangPahang,Liza, Zack, Yazid, Zailani



Dari kiri:Iejal,Sniper & Dragon mengibarkan bendera M'sia di puncak sempena bulan kemerdekaan



Aku dah ready nak menawan puncak ledang one more time..



2 orang awek kiut Kak cik(kiri),liza(kanan)tengah kibarkan bendera kelantan



Aku ngan Iejal tengah prepare untuk masak






rreleases my dragon bankai on Tuesday, August 24, 2004r

Friday, August 20, 2004

Gi Gunung Ledang Lagi

Besok team D2x akan ke gunung Ledang lagi skali.Kali ini kitorang akan membawa bebudak junior plak.Lebih kurang 14 orang akan menyertai xpdc kali nih.aku tak tau la bole ke diorang tawan sampai puncak.Kalo cuaca mengizinkan insyallah bole kot.Mintak-mintak x ujan la...Kali ni cuma ada 2 je bunga yang ikut,yang lain sumer kombang....aku selaku ajk tertinggi D2X telah menjemput sniper tuk join skali.Aku harap gak aku dapat performance yang baik arrr...masa naik nanti..


rreleases my dragon bankai on Friday, August 20, 2004r

Thursday, August 19, 2004

Amacam koang dapat jawab tak tekatekiku itu...hehehe..musti tak ley jawab nyerr..so nih aku bagi jawapannya...

1)KERAbat diraja.

2)Motorsikal buatan Arab ...
YAMAHmood

3)Bola sepak, dah masukkan baru peluk-peluk. Pengantin baru, peluk-peluk baru
masukkan

4)Anak tapir.

5)"LUKAki bangku!"

6)Semangkuk sup ular sawa.. dengan cendawan.

7)Jawab ibunya ... dengan selamba "Kalau diantara kaki, itu syurga Bapakmu".

8)Tayar basikal, pam dulu baru naik. Pengantin, naik dulu baru pam. Yiihaa..

9)Pen hitam saya yang hilang. Jenama Kilometrico.

10)Usus.

"Enjoy..."

rreleases my dragon bankai on Thursday, August 19, 2004r

Wednesday, August 18, 2004

Kalau koang terer meh jawab teka-teki ku ini...

1) Kera apa kadang-kadang dapat layanan VVIP ?

2) Motorsikal buatan Jepun, Yamaha. Motorsikal buatan Arab ...

3) Pengantin 1: Apa beza bola sepak dengan pengantin baru ?

4) Apa yang dipunyai binatang tapir tapi tidak dipunyai binatang lain ?

5) Luka apa boleh buat orang marah ?

6) Teka teki teka tekuk ular mati dalam mangkuk.

7) Budak kecik bertanya, "Mengapa syurgaku di bawah tapak kaki ibu ?". Jawab ibunya ...

8 ) Pengantin 2 : Apa beza tayar basikal dengan pengantin ?

9) Benda nampak macam pen, warnanya hitam, tapi hilang.

10) Jauh di mata, dekat di hati.

rreleases my dragon bankai on Wednesday, August 18, 2004r

Friday, August 13, 2004

WHEN BROKS RULES THE WORLD

Bayangkan bila berok-berok nih menguasai dunia.....









rreleases my dragon bankai on Friday, August 13, 2004r

Thursday, August 12, 2004

Gambo Dragon & Sniper

Kalo nak bekenalan ngan Dragon & Sniper nih gambo kitowang..heheheh..ensem tak??



Aku tgh maintenance PC




Persekitaran Lab kitowang




Gambo aku ngan sniper..



Gambo aku ngan sniper lagi...baju biru aku..baju krim sniper..

rreleases my dragon bankai on Thursday, August 12, 2004r

Tuesday, August 10, 2004

Aerobik

Semalam merupakan hari perasmian karnival sukan ADTEC 2004.Bebudak sumer dah siap sedia dengan pakaian sukan masa perasmian tu.Lepas jer perasmian terus kitorang wat senaman aerobik bawah ni ada sket gambo-gambo bebudak aerobik smalam..










rreleases my dragon bankai on Tuesday, August 10, 2004r

Monday, August 09, 2004

Langgar Orang

Hari sabtu aritu aku ada langgar owang.Sakit siut kaki aku.Citernyer cenggini,memula aku sajer arr bwk moto nak gi Batu Pahat.Lpas tu aku lalu la depan kuittho,aku tengok meriah jer...tengah aku khayal,masa tuh aku bwk bole tahan laju gak..ada sorang pakcik naik kris aku potong.Aku tak prasan moto aku dah hempet moto dier...krapppp!!! moto aku bergesel ngan moto dier...kener kaki aku.Lpas tu aku tengok pakcik tu tak jatuh dan tak de paper...aku terus blah..aku punya padle kiri moto dah bengkok.Sebenarnya hari jumaat tuh brek blakang moto aku rosak.Tuh yang aku tak sempat brek tuh.Nasib baik arr takder paper...

Semalam plak aku tengok wayang ngan sowang MEMber kat City Square JB.Aku tengok citer makar.Tengok iklan cambest jerk.Antara pelakon ,AC mIzal,Rita Rudaini,Rashidi,Varnida Imran dan ramai lagi arr..Ingat citer antu ,ghupernyer citer bunuh2.Tapi kureng arrr skit citernyer.Aku dah bole baca jalan citer..dah tau saper pembunuh awal2 lagi,bosan arr skit.

rreleases my dragon bankai on Monday, August 09, 2004r

Friday, August 06, 2004

Meratapi kekalahan

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa ,Team tarik tali IT telah dikalahkan oleh team kimpalan dalam semi final semalam.Team IT juga dikalah kan oleh team machine untuk merebut tempat ke-3.Dalam perlawanan final ,team kimpalan bertemu dengan team production dan pemenangnya team production.Congratz wat team production.Walaupun kalah ,aku nak ucapkan congratz gak dengan team IT kerana telah menunjukkan semangat yang begitu kental dan membara.Bawah ni ada gambar2 tournament semalam.



masih bertahan.....



boleh lagi bertahan...



terus tak tahan...



BERITA TERKINI,KES BUNUH DI BATU PAHAT

Korang tau tak,aritu UTK dari bukit aman tu menginap kat sini,kat hostel blok aku,kat hostel ADTEC BP.Diorang datang hari selasa dan semalam diorang balik sebab suspek dah kener tangkap.Diorang dtg dengan muka bodo jerk...dengan rambut panjang serabai jerk.Aku pon memula pelik gak,diorang dtg 2 lori,pastu diorang turunkan moto dari lori tuh.Aku dah agak dah diorang kan sebarang orang.Lepastu baru aku dpt tau yang diorang tuh polis.Kalau korang tak percaya korang baca berita kat bwh ni,aku amik dari utusan arini....

BATU PAHAT 5 Ogos - Polis berjaya menangkap dua lelaki yang disyaki menembak mati seorang anggota polis dan mencederakan seorang lagi semasa rompakan di Taman Maharani, Muar, 1 Ogos lalu di dua tempat berasingan di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Musa Hassan berkata, kejayaan tersebut hasil gerakan Bahagian Siasatan Khas (D9) Johor bersama-sama Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Unit Tindakan Khas (UTK) dari Bukit Aman serta maklumat daripada orang ramai.

Menurutnya, bersama kedua-dua suspek itu turut ditemui dua pucuk pistol iaitu Revolver .38 dan Baretta separuh automatik serta beberapa butir peluru yang dipercayai digunakan untuk menembak mati Allahyarham Koperal Manja Manaf dan mencederakan Lans Koperal Mohd. Razali Abu Bakar di bahu kiri.

``Suspek pertama iaitu seorang pemuda berusia 26 tahun ditangkap di persimpangan lampu isyarat Jalan Bakau Condong-Jalan Kluang ketika sedang menunggang motosikal pada pukul 4.30 petang. Dia cuba melawan menyebabkannya cedera di dahi.

``Suspek kedua berusia 38 tahun pula ditangkap ketika berjalan kaki berhampiran rumah sewanya di Taman Bukit Perdana pada pukul 6.30 petang semalam,'' katanya pada sidang akhbar di IPD Batu Pahat di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Amir Sulaiman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Kanan II Ithnin Talib dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ahmad Latiffi Yaacob.

Musa berkata, hasil tangkapan tersebut, polis turut menahan seorang wanita berusia 42 tahun iaitu teman wanita suspek.

Beliau memberitahu, menerusi suspek pertama polis menemui sepucuk pistol Revolver, empat telefon bimbit, empat jam tangan, wang tunai RM1,025 dan barang kemas.

Pistol Revolver itu dipercayai dirampas daripada seorang anggota polis dalam satu kejadian samun di Kluang pada 26 Julai lalu.

``Daripada suspek kedua, kita menemui sepucuk pistol jenis Baretta separuh automatik bersama kelopak peluru yang mengandungi 12 butir peluru 9MM Luiger dan tujuh butir peluru 9MM dan satu sarung pistol.

``Kita juga menemui dua telefon bimbit, serangkai kunci, seutas jam tangan dan wang tunai RM1,000,'' jelasnya.

Kedua-dua lelaki tersebut menjadi buruan polis kerana melakukan samun bersenjata api di sebuah rumah di Taman Maharani serta menembak mati Allahyarham Manja dan mencederakan Mohd. Razali yang ketika itu mahu menyiasat rumah tersebut setelah menerima laporan.

Musa berkata, tindakan kedua-dua perompak menjadikan dua mangsa mereka di rumah itu sebagai tebusan dalam usaha mereka untuk melarikan diri ke Batu Pahat menyebabkan polis tidak boleh melepaskan tembakan.

Musa menegaskan, suspek pertama yang berasal dari Pulau Pinang pernah dipenjara dari tahun 1995 hingga 2000 kerana menembak seorang pelajar di Johor Bahru.

Suspek kedua pula didapati bersalah kerana menembak mati seorang anggota polis di Batu Pahat, tetapi dibebaskan dari penjara pada 1996.

``Mereka juga didapati terlibat dengan 26 kes jenayah, enam di Muar, empat (Batu Pahat) dan 16 lagi kes di Kluang," katanya.

Ketiga-tiga mereka, kata Musa dikenakan tahanan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.



rreleases my dragon bankai on Friday, August 06, 2004r

Thursday, August 05, 2004

Pagi tadi ada gotong royong.Aku ditugaskan untuk membersihkan segala kekotoran di dalam longkang kat ADTEC nih.Penat gak,lpas gotong royong ada meeting plak.Meeting nih adalah untuk memilih biro-biro untuk malam kebudayaan kemerdekaan 25 Hb 8 nih.Aku dilantik untuk jadi biro kebajikan,tapi aku taknak.Maleh ehh...buat penat badan jerkk...Tuan tanah sniperblogs dilantik jadi ketua biro tugas2 khas.Untuk berita sukan,semalam team IT telah menang 2 game pertandingan tarik tali melawan team machine dan team mekatronik.Petang nih Team IT akan melawan team kimpalan dan kalo menang akan masuk semifinal dan kalo menang lagi akan ke final.So good luck untuk korang....aku pon main gak petang ni.

rreleases my dragon bankai on Thursday, August 05, 2004r

Wednesday, August 04, 2004

Karnival sukan ADTEC BP

Semalam bebudak IT menang bola tampar perempuan vs budak mesin,lepastu menang first game tarik tali lawan staff.Aku yang sebenarnyer datang nak amik gambo jer...tak pasal2 aku kener main gak.Dengan smart2 tak pakai pakaian sukan aku kena paksa main...tapi menang gak...hihihihih!!!!!.Petang ni ada game lagi....

bebudak tengah menari haka....

staff tengah streching....

tengah stanby...aku pakai slack putih jer...


bebudak IT bekerja keras untuk menang...

rreleases my dragon bankai on Wednesday, August 04, 2004r

Tuesday, August 03, 2004

Gi PC Fair

PC Fair PWTC….memang besh betul aku gi.Aku gi saner sebenarnya hari sabtu lepas,tapi join bebudak kelas naik bas ADTEC.Aku balik hari sabtu malam pastu aku ngan memember lain gerak semula ke kl naik kereta malam tu jugak.Kitorang sampai kl dalam kul 3 pg.Pastu kitorang stay rumah member kat gombak.Pepagi kul 11 kitorang dah kuar gi PWTC.Aku sampai jer aku terus jumpa abang aku.Aku gi survey barang ngan abang aku, memember lain bawak haluan memasing.Kitorang dalam tuh sampai kul 5.Makin petang makin ramai orang,ramai gilerrr….sampai nak jalan pon susah.Memang mata aku rambang tengok diorang jual.Diorang bole jual keybord sampai rm5,mouse optikal rm20 free headphone,canon s200 rm130,thumbdrive 128mb rm73 ada yang rm60,fotopaper A4 5 keping rm1 perkggggghh.........memacam agi barang memurah.Aku cuma sempat sebat digicam rm270 ngan thumdrive+mp3player+radio tuner rm200 je.Ingat nak terus gi sure heboh..tapi kat PWTC lagi heboh...



Easy mp3
Spec:
Mp3 player with flash disk(128mb)
USB 1.1port
Mp3/wma/data
Voice recorder

FM Tuner
Harga:RM200

Microtek DigiCam
Spec:
2.1 mega pixels image sensor
4x zoom
8mb built in memory
file format JPEG,video,AVI,WAV
Harga :RM270








rreleases my dragon bankai on Tuesday, August 03, 2004r



~ABOUT ME~

* Name : Dragon
* Japan Name : Miyoshi Imaizumi
* Gender : Male
* Hobby : Main Congkak




~CONTACT ME~

* Mail :
* sabreblade03@yahoo.com
* sabreblade@gmail.com
* Ym: sabreblade03
* Myspace : sabreblade03
* Friendster : sabreblade03
* Fotopages: sabreblade03

~calender~

New Page 1


~shout~


Free shoutbox @ ShoutMix

~memories~

*June 2004
*July 2004
*August 2004
*September 2004
*October 2004
*November 2004
*December 2004
*January 2005
*February 2005
*March 2005
*April 2005
*May 2005
*June 2005
*July 2005
*August 2005
*October 2005
*November 2005
*December 2005
*January 2006
*February 2006
*March 2006
*April 2006
*May 2006
*June 2006
*July 2006
*August 2006
*September 2006
*October 2006
*November 2006
*December 2006
*January 2007
*February 2007
*March 2007
*April 2007
*May 2007
*June 2007
*July 2007
*August 2007
*October 2007
*December 2007
*May 2008
*June 2008
*July 2008
*August 2008
*September 2008
*October 2008
*November 2008
*December 2008
*January 2009
*April 2009
*May 2009
*June 2009
*August 2009
*March 2010


~bloggers~

-A-
* Adiqlady* Atoi * Aiza * Afzan
* Azah* Azkam* Ajah Lawo
* Ayu* Ayu Sabrina* Asfaliza

-B-
* Brader Macho

-C-
* Cik Lebah* Chenta

-D-
* Dayu

-E-
* extrumedia

* Ekin* Elmo* Eja* E-Class

-F-
* Faizal Poyo* Firdy

-G-
* Gegerl
* Gebootomey

-H-
* Hikaru

-I-
* Ieda* Ina* Ieza* Ikoko

-J-
* Jaja

* Jerong* Julia

-K-
* Kaseh* Katarsis* Kerekz

-L-
* Lady Daisy* Leen* Lynda* Lyns

-M-
* Mochie Gurl

-N-
* Nana* Naga Cute* Net* NIne
* Noushyshah* Nurul Chika

-O-
* Onizuka

-P-
* Prety Bara

-Q-

-R-

-S-
* Sniper* Sang Bogo* Shai
* Sodep* Sokai* Spider* Syaz* Syagrasyiid

-T-

-U-

-V-

-W-
* Wakiki

-X-
* Xie-Sayang

-Y-
* Yalin* Yatt* Yna* Yona

-Z-
* Zaim* Zaidi* Zilz

 

~bookmarks~

-A-
* ADTECBP* Ayer Hitam

-B-
* Bersama Semula* Blogger
* Blues Forum* Bintang 3
* Bravenet

-C-
* Crack Server* Crack DB
* Clear Blog

-D-
* DDL2* DNS stuff* Dynamic Drive
* Default Password
* Devian Art

-E-
* E-Solat
* ElderGeek XP

-F-
* Fakyoo* Fotopages
* Free Downloads Counter
* Friendster* Free Midi
* Funny Place* File Hippo
-G-
* Google* Gmail
* Gunung Online

-H-

-I-
* Ireans Music* IT Tutorial

-J-
* Jabatan Tenaga Manusia


-K-
* Kedah Online* Kakiku
* Kampungku* Kamus

-L-
* Lagu Kita

-M-
* Meebo* Metacafe
* Mp3000* Map Flashearth
* Myspace* My Kuliah* My Gov

-N-
* Nakkal
* Network Calculator

-O-

-P-
* Perpetual PC* Pergh
* Photobucket* Port Baek
* Public Proxy* Putera.com

-Q-

-R-
*Remove Virus

-S-
* Saga BLM ku*
* Sesumpah Store* SPA
* Shareware* Shoutmix
* SMS ac* Streamload
* Syokz* Serial Devil

-T-
* Tutorialized
* Taman Permata* Titik Berat

-U-
* Ujang

-V-

-w-
* wethinkz
* Tutorialized

-X-

-Y-
* Yahoo* You Tube

-Z-

~counter~