Monday, June 28, 2004

ARKKGHGHHH....bengang btul aku arini...henpon aku rosak plak.Ntah apsal ntah,tadi malam member aku tepon pastu tetiba dier bagi warning betri abiss..pastu trus mampuih...aku try la idupkan balik tapi x nak idup.Aku charge la,tapi dier x nak charge plak.Bengang btul aku karang awek aku nak tepon ke ape ker camner...

Takpe arr pepehal ni ader gambo beberapa orang member aku....



nih gambo aku ngan akak angkat aku Kak Elin



nih pulak gambo memember aku..awek cun yang pakai tudung biru Lydia yang pakai tudung krim Eslina...kalo sesaper bekenan kat diorang nih bley kontek aku..



rreleases my dragon bankai on Monday, June 28, 2004r

Friday, June 25, 2004

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN


* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak
ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh
dipujuk
dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki
disebabkan
daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon


* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan
seorang
lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa
melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan
kekuatan

agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda
yang
lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN


* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh
menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada
pada
kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah
di
mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang
diredhai
Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN


* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi
dari
perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik
yang
disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan
keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi
dengan
mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN


* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih
kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah
?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang
yang
penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN


* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani
apa
jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling
dikasihi
Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan
dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara
daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah
serta
terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah
swt
sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan
udara
ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh
perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi
perempuan
kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan
yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih,
mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan
kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah
saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
air,
malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya
(isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya
(serta
menjaga solat dan puasanya)."

.....FUHH DASAT LER KUASA POMPUAN NIH...TANGAN YANG MEMBUAI BOLE MENGGONCANG DUNIA......

rreleases my dragon bankai on Friday, June 25, 2004r

Tuesday, June 15, 2004

Assalamualaikum...

Ini aku dpt email dr member aku.

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam. Lelaki
yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya
patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu, dan
akhirnya perempuan itu pengsan. Dia perpusing menghadap dua lelaki dan
berkata, "Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan
itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata "Tidak ada siapa yang
lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab "Akulah yang paling
kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini
adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Iraq. Lelaki pertama ialah Saddam. Lelaki kedua adalah
Negara Barat. Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri
dan lihat.


Sama2lah kita menghayatinya

rreleases my dragon bankai on Tuesday, June 15, 2004r

Friday, June 11, 2004

Hari Last Kuliah



ari ni adalah ari last kuliah untuk bebudak sem akhir.lpas nih diorang akan kuar dari ADTEC wat selamanya.Untuk bebudak IT sem yang nak blah aku harap korang dapat kerja yang best,dan kalau ada yang nak sambung blajar..blajar rerajin.Buat kak Ani yang dh dapat keje kat Rusia..tahniah diucapkan.Wat Amin,ciloi,Qai,Mek Nor,Lina ,Alang kak lin dan lelain korang jaga diri elok2...jgn tinggal smayang.Untuk bebudak IT sem5 cam Aman,Kicap,Botak,Buntal dan yang lelain..slamat pegi On Job Training(praktikal.Carik la pengalaman bebanyak pastu nanti balik sini bole ajar aku plak.Wat bebudak IT sem4,korang cuti ni jgn wat benda pelik2.Naik cuti karang kita dah jadik super senior.Tunjuk perangai elok2 dengan junior2 kita nanti.last but not least...take care urself..may god bless us..amin....

rreleases my dragon bankai on Friday, June 11, 2004r

Thursday, June 10, 2004

arrrrrrrrrrrr.....benganggg........

rreleases my dragon bankai on Thursday, June 10, 2004r


Ni gambo kitorang masa piknik kat gunung ledang


dari kiri: ijal,wan jensen ,jali ,AKU ,peja, lim dan yang amik gambo,Farid



rreleases my dragon bankai on Thursday, June 10, 2004r

Wednesday, June 09, 2004

Cuti semester dah nak mula..tinggal beberapa ari lagik je aku ada kuliah.Lpas ni aku cuti dan naik semester depan dengan bangganya menjadi super senior iaitu semester 5.Bebudak sem last tengah sibuk.Almaklumlah dah nak blah dari ADTEC ni.Aku cuti sampai 5 aribulan 7.Tapi aku dah kena naik 2 aribulan.Maklumla diberi amanah untuk jadi fasilitator jaga bebudak intake baru.Lpas tu dalam 10 aribulan plak kena gi MMU join pertandingan kemahiran malaysia ngan member aku acad..Dalam bulan 7 tu jugak aku ngan member2 lain cam Lim,Ijal,ngan jali nak organize untuk bebudak kelas untuk naik gunung ledang.Kitorang namakan program tu ledang challenge anjuran kelab kitorang D2x Team .Aku ngan memember lain memang sibuk sangat sem depan..harap2 kitorang dapat harungi setaun lagi kat ADTEC ni..dan dapat diploma kitorang insyaallah....

rreleases my dragon bankai on Wednesday, June 09, 2004r

Monday, June 07, 2004

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.





rreleases my dragon bankai on Monday, June 07, 2004r

Wednesday, June 02, 2004

Kisah Farhan
Benda nih aku dapat e-mail dari member aku....harap ia boleh dijadikan iktibar untuk kiter sumer....

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi
dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3.
Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu
hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya
kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak
Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya
bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang
pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat
diselamatkan. insyaAllah.




rreleases my dragon bankai on Wednesday, June 02, 2004r

Tuesday, June 01, 2004

aku baru jer create blog ni...skang nak try jer..

rreleases my dragon bankai on Tuesday, June 01, 2004r



~ABOUT ME~

* Name : Dragon
* Japan Name : Miyoshi Imaizumi
* Gender : Male
* Hobby : Main Congkak




~CONTACT ME~

* Mail :
* sabreblade03@yahoo.com
* sabreblade@gmail.com
* Ym: sabreblade03
* Myspace : sabreblade03
* Friendster : sabreblade03
* Fotopages: sabreblade03

~calender~

New Page 1


~shout~


Free shoutbox @ ShoutMix

~memories~

*June 2004
*July 2004
*August 2004
*September 2004
*October 2004
*November 2004
*December 2004
*January 2005
*February 2005
*March 2005
*April 2005
*May 2005
*June 2005
*July 2005
*August 2005
*October 2005
*November 2005
*December 2005
*January 2006
*February 2006
*March 2006
*April 2006
*May 2006
*June 2006
*July 2006
*August 2006
*September 2006
*October 2006
*November 2006
*December 2006
*January 2007
*February 2007
*March 2007
*April 2007
*May 2007
*June 2007
*July 2007
*August 2007
*October 2007
*December 2007
*May 2008
*June 2008
*July 2008
*August 2008
*September 2008
*October 2008
*November 2008
*December 2008
*January 2009
*April 2009
*May 2009
*June 2009
*August 2009
*March 2010


~bloggers~

-A-
* Adiqlady* Atoi * Aiza * Afzan
* Azah* Azkam* Ajah Lawo
* Ayu* Ayu Sabrina* Asfaliza

-B-
* Brader Macho

-C-
* Cik Lebah* Chenta

-D-
* Dayu

-E-
* extrumedia

* Ekin* Elmo* Eja* E-Class

-F-
* Faizal Poyo* Firdy

-G-
* Gegerl
* Gebootomey

-H-
* Hikaru

-I-
* Ieda* Ina* Ieza* Ikoko

-J-
* Jaja

* Jerong* Julia

-K-
* Kaseh* Katarsis* Kerekz

-L-
* Lady Daisy* Leen* Lynda* Lyns

-M-
* Mochie Gurl

-N-
* Nana* Naga Cute* Net* NIne
* Noushyshah* Nurul Chika

-O-
* Onizuka

-P-
* Prety Bara

-Q-

-R-

-S-
* Sniper* Sang Bogo* Shai
* Sodep* Sokai* Spider* Syaz* Syagrasyiid

-T-

-U-

-V-

-W-
* Wakiki

-X-
* Xie-Sayang

-Y-
* Yalin* Yatt* Yna* Yona

-Z-
* Zaim* Zaidi* Zilz

 

~bookmarks~

-A-
* ADTECBP* Ayer Hitam

-B-
* Bersama Semula* Blogger
* Blues Forum* Bintang 3
* Bravenet

-C-
* Crack Server* Crack DB
* Clear Blog

-D-
* DDL2* DNS stuff* Dynamic Drive
* Default Password
* Devian Art

-E-
* E-Solat
* ElderGeek XP

-F-
* Fakyoo* Fotopages
* Free Downloads Counter
* Friendster* Free Midi
* Funny Place* File Hippo
-G-
* Google* Gmail
* Gunung Online

-H-

-I-
* Ireans Music* IT Tutorial

-J-
* Jabatan Tenaga Manusia


-K-
* Kedah Online* Kakiku
* Kampungku* Kamus

-L-
* Lagu Kita

-M-
* Meebo* Metacafe
* Mp3000* Map Flashearth
* Myspace* My Kuliah* My Gov

-N-
* Nakkal
* Network Calculator

-O-

-P-
* Perpetual PC* Pergh
* Photobucket* Port Baek
* Public Proxy* Putera.com

-Q-

-R-
*Remove Virus

-S-
* Saga BLM ku*
* Sesumpah Store* SPA
* Shareware* Shoutmix
* SMS ac* Streamload
* Syokz* Serial Devil

-T-
* Tutorialized
* Taman Permata* Titik Berat

-U-
* Ujang

-V-

-w-
* wethinkz
* Tutorialized

-X-

-Y-
* Yahoo* You Tube

-Z-

~counter~